'seekor molekul air menari-nari dengan pasangannya, sebilah atom sebelum bercantum'
Bahasa Melayu menggunakan sistemnya tersendiri untuk menyatakan golongan atau kuantiti sesuatu benda itu (Abdullah Hassan, 1989, 107). Keindahan bahasa Melayu memang sukar disangkal lagi. Jika bidang Sains dengan 'fatamorgananya', 'fotosintesisnya', 'hibernasinya' dan pelbagai lagi. Di mana kurangnya bahasa Melayu? Kita juga memiliki 'syahdu', 'canggung', 'menyeringai', 'bersekongkol' dan banyak lagi perkataan yang digelar 'big word' dalam bahasa Inggeris.
Demikian halnya dengan penjodoh bilangan. Tidak sukar untuk kita menentukan 'jodoh' kepada benda-benda maujud disekeliling kita melalui 'bilangan'. Kebiasaannya pemerian penjodoh bilangan dalam bahasa Melayu berbentuk bilangan + penjodoh bilangan+ benda. Contohnya seperti 'sekawan burung', 'sebiji epal', 'setandan pisang', 'sebuah kereta' dan berbagai-bagai lagi.
Persoalannya :
Bagaimana pula dengan istilah-istilah Sains yang rata-ratanya sudah sebati digunakan bersama-sama bahasa Melayu?
Bolehkah kita memerikan 'elektron' dengan penjodoh bilangan 'seorang'? Benarkah 'ion' salah satu makhluk bernyawa yang digelar 'orang'? Ataupun 'sebiji ion'. Benarkah kehadiran ion itu hanya sebiji? Jika berjuta-juta, bagaimana untuk mengira 'biji-biji' ion tersebut? 'Sebiji rambutan' boleh dikenal pasti sama ada melalui penglihatan, sentuhan dan rasa. Bagaimana pula dengan 'ameba', 'sitoplasma', 'paramesium' dan berbagai-bagai lagi istilah Sains yang memiliki bunyi sebutan yang terlalu unik? Hendak dipandang juga sukar apa lagi untuk dipegang atau dirasa.
Menurut Abdullah Hassan (1989, 107), penjodoh bilangan boleh mengakibatkan pemesongan dan kekaburan dari segi logik dalam pengkelasan benda-benda mengikut ciri yang disifatkan oleh penjodoh bilangan tersebut. Melalui penulisan beliau, dapat disimpulkan bahawa tidaklah perlu terlampau taksub untuk memerikan istilah Sains sehingga melangkaui batas-batas logik akal fikiran. Sarjana bahasa ini menyatakan bahawa eloklah jika unsur penjodoh bilangan itu diketepikan dalam memerikan atau bercakap mengenai elektron, ion, atom, molekul dan sebagainya' (Abdullah Hassan, 1989, 108).
Rujukan :
Abdullah Hassan. (1989). Isu-isu perancangan bahasa: pengintelektualan bahasa Malaysia.
Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kagum dgn pengolahan saudari
ReplyDeletetak ada la saudari najihah...saya hanya amatur yang masih memburu ilmu..hahhaha
Deletecikgu, nak tanya fantamorgana ka fatamorgana? cek memang suka minum ayaq fanta strawberry. terliuq teruihh ;-)
ReplyDeleteFanta..fanta....fanta..minuman buah asli....hihihi..terima kasih Kak...akan diubah sebentar lagi ..guna fon amatlah sukar...hihihi
Deletecikgu, nak tanya fantamorgana ka fatamorgana? cek memang suka minum ayaq fanta strawberry. terliuq teruihh ;-)
ReplyDeleteKomen satu dah la Kak....kikikikikikiki
Deleteexcited..teruja...hihi
Delete